Saturday, August 20, 2011

.::Tumpas Juga Akhirnya::.

sejak kamu dilahirkan, ummi rasa ummi cukup kuat...
cukup tabah untuk menerima segalanya...
di saat nurse tunjuk kamu, ummi rasa cukup kuat untuk mengharunginya...
setitis air mata tidak keluar di saat ummi melihat wajah kamu..
hari2 ummi berlalu dengan cukup kekuatan..
walaupun kadang2 ummi terasa sedih..
ummi hanya mengalirkan air mata tanpa sendu...
di saat ummi ziarah kamu di kuburan..
ummi boleh hadapi dengan tenang..
walaupun ummi tak senang duduk dan gelisah..
tapi hari ni..
ummi gagal...ummi tumpas..
gagal mengawal emosi..tumpas dengan perasaan sendiri...
hari ni kali pertama ummi menitiskan air mata dengan sendu yang kuat..
yer...ummi meratap..itu yang ummi buat hari ni..
ummi tak tahu knapa ummi gagal mengekalkan kekuatan ummi..
mungkin hanya kerana satu perkara yg ummi tidak pernah menjangka..
ummi KALAH....
maafkan ummi..ummi buat kamu sakit dan menderita di SANA..
ummi benar2 minta maaf..


Al-fatihah sayang..semoga kamu tenang di SANA...ummi akan selalu doakan kamu dan kamu akan sentiasa dekat di hati ummi

1 comment:

  1. Ira,

    Tak logik la kita tak sedih lansung atau tak menangis teringatkan baby kita. Untuk pengetahuan Ira, Mel yang sudah 6 bulan mengalami kehilangan ni pun kadang-kadang boleh teringat dan menangis seperti baru semalam semua ni berlaku. Yang penting kita banyak-banyak bersabar dan bersyukur dengan apa yang kita masih ada k.

    Entry ni sama lebih kurang entry Mel, Sometimes I Just Can't Help It

    You are not alone my dear, just cry your heart out..

    ReplyDelete