Tuesday, July 26, 2011

.::Klinik::.

Hari ni patutnya kn pegi klinik Batu Arang tapi memandangkan skarang ni masih kat Ipoh, so pegi la jer la klinik Manjoi ni...lagipun nurse kat sini pun bagi appoitment tuk hari ni gak masa datang melawat kat umah hari tu...masa nak kuar umah pagi tadi dah berkira2 dah situasi yang bakal berlaku kat sana..dengan tgk ibu2 yang mengandung apatah dengan ibu2 yang membawa bayi masing2...tapi tetap gagahkan juga kaki ni masuk ke klinik tu...

memula macam ok, tapi lama2 makin tak tahan..dikelilingi ngan baby, tangisan mereka lagi..diri dah rasa tak keruan..sms incik zaimee tuk dapatkan kekuatan..alhamdulillah berjaya untuk ignore semua yang ada dlm klinik tu dan juga berjaya untuk tidak menitiskan air mata..cuma sebak bila tgk ada sorang dua ibu2 yang masih dalam pantang mendukung anak masing datang check up..sedangkan diri sendiri hanya datang berlenggang kangkung jer...lagi terasa bila ada ibu2 yang tgh asyik menyusukan anak..(terfikir jugak naper klinik ni xder bilik menyusu mcm kat Bt Arang?)..lebih terasa, bila ada seorang bapa yang asyik dok bersembang dan bermain ngan bayinya yang mungkin baru berusia 2@3 bulan..bila unsur2 jahat datang dlm kepala ni mula la berfikir bukan2..(tak yah la lebih2, macam dia sorang yang ada baby..org lain pun tak macam tu..) huhuhu..tapi cepat2 istigfar, mungkin kalau incik zaimee kat tempat dia pun, akan buat perkara yang sama jugak...Allahuakbar!!!

sabar ira..sabar...chaiyok!!chaiyok!!!


tapi ada benda yang best..hihihihitak payah dah nak fikir2 cari jalan penyelesaian pasni...
  • berat dari 50kg dah turun jadi 39kg..muahahha..so tak perlu fikir cam sesetengah org camner nak turunkan berat badan..xperlu nak berdiet sakan untuk kembali ke berat asal..saya tak nak balik ke berat asal yang cam berat kanak2 tu..(36kg)..kalau bleh jadi 40-45kg bagus gak..
  • yang pasti puan misi xder plak nak paksa2 amik ubat perancang..muah2 kat puan misi..kalau kat Bt Arang confirm dorang suggest amik perancang sbb sebelum ni masa dorang datang umah melawat dorang ada cakap pasal tu..So td bila misi tanya lepas ni macam mana perancangan nya? nak amik perancang ker? saja jer cakap ngan puan misi tu yang saya blom discuss lagi pasal ni ngan husband..(padahal jawapan tu dah dirancang awal2 lagi tuk diberi kat puan misi)..huhuhu..sekali dia cakap, xper kita pun tak paksa..ikut puan la..kalau nak merancang sendiri pun boleh..(berbunga rasa hati)...lagipun puan xder anak..kalau yang ada anak mungkin kita akan suggestkan amik perancang..kata puan misi lagi pil ni pun sebenarnya atas badan orang juga, sesetengah org amik period datang awal..kdg2 period datang lambat...(kalau lambat camne nak pregnant cepat2 kan)....puan misi tu cakap lagi, so terserah kat puan la kalau lepas ni nak pregnant terus ke apa..tapi bagi la badan rehat sekejap..saya tanya kalau dalam 3@4  bulan ni xder masalah la..dia kata ok jer....(berbunga lagi hati)...saya bukan apa, misi kat klinik bt arang cakap sekurang2nya saya patut rehat dlm 6 bulan..tapi rasa cam lama sangat....cuma saya takdela cadang nak pregnant dlm masa 1@2 bulan lepas bersalin..nak bg badan rasa sihat dulu...tapi saya tak nak tggu 6 bulan tu...saya harap Tuhan akan murahkan rezeki saya tuk dapat anak lagi dan saya berharap untuk kelahiran yang seterusnya, anak saya panjang umur dan sihat..

p/s: excited sangan pasal tak yah amik perancang, terus lupa nak bgtau yang saya sll sakit kepala...adeh!!~, xper kalau sakit lagi 4 ogos ni jumpa doktor lagi...

*saya rasa ayat saya tersangat la tunggang langgang...

2 comments:

  1. Ok lah kalu camtu...apa pun jangan miss makan supplement,bagi badan ready 4 next pregnancy... Min masa dalam pantang jarang miss, dah keje ni selalu lupa... Punya lama teringin,hari ni baru beli kalsium,sebab masa min mengandung sgt bermasalah kalsium,ni takde baby pon dok terasa kesan kekurangan kalsium...so,kena lah take kalsium...

    ReplyDelete
  2. Hihi..Mel sekarang dah actively Trying to Conceive. Itu pun selepas 6 bulan. Haritu selepas 3 bulan bersalin, pregnant balik tapi keguguran :( sama-sama kita berusaha ye. Mel doakan semua Mama-Mama Angel untuk dapat zuriat lagi selepas ni ;)

    http://mamaaqeel.blogspot.com/

    ReplyDelete