- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
- Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
- Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
- Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.
- Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
- Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
ummi bersyukur kerana sempat mengandungkan sayang walaupun hanya untuk 32 minggu sahaja..bersyukur sangat2 kerana masih diberi peluang itu..
salam ummi.
ReplyDeletekenal ummi pun dari min..
mudahan ummi tabah ye.bila baca kisah ummi,tersentuh hati saya.teringat arwah anak saya juga lengkap fizikalnya sempurna dilahirkan tanpa sebarang tangisan.
mudahan ummi dimurahkan rezki lagi ye.
kita sama2 doa,mudahan ketabahan hati ibu2 seperti kita ni membawa kita ke jalan yang di redhai allah,dana anak itulah menjadi pemberat kebaikan pada kita di akhirat kelak.insyaallah...
salam ira,
ReplyDeletebertuahnya kita kan, dilahirkan sbg wanita then pastu isteri dan ibu.bestla baca entry ira yg nie. Betapa kasihnya Allah pada wanita dan ibu seperti kita.Moga Allah beri peluang dan kesempatan lagi pada kita untuk melalui fasa2 indah bergelar ibu.Amin...
p/s:nak copy leh tak?nak post dlm blog sbg ingatan dan semangat untuk diri.
kita memang di antara yang bertuah...
ReplyDeletep/s: copy jer..